Malaysia Fishing Club

It is currently September 7th, 2010, 3:26 pm

All times are UTC + 8 hours




Post new topic Reply to topic  [ 14 posts ]  Go to page Previous  1, 2
Author Message
 Post subject: Re: Tips Mancing dari sorang Cempiang
PostPosted: October 3rd, 2008, 2:46 pm 
Offline
Moderator
User avatar

Joined: April 2nd, 2008, 8:35 pm
Posts: 2625
Location: penang
RooSTa_CaSTeR wrote:
Jigging atas darat kena tanya Burned, sampai kering air
dalam badan dia punya jigging! :lol: :lol: :lol:

Cabotttttttttttt!!!!



WAKAKAKAKAKAK...RC..tgk dia dah la.."kering" :lol: :lol: :lol:

_________________
FeAr Sees The ObstacLe But Faith Sees The OpPortuNitY

01.249.49.41.4 & 0.13.4.698.2.95.
Image


Top
 Profile  
 
 Post subject: Re: Tips Mancing dari sorang Cempiang
PostPosted: October 7th, 2008, 6:53 pm 
Offline
Global Moderator
User avatar

Joined: April 1st, 2008, 2:00 pm
Posts: 5403
Location: B.B.Bangi, Kajang
Cilako... :D

_________________

========================
Ada rezeki, ada la...

GENG HANTU SAMPAH!!!
Image Image

Cursed Angler!!!
*012-6624185*


Top
 Profile  
 
 Post subject: Re: Tips Mancing dari sorang Cempiang
PostPosted: October 7th, 2008, 10:21 pm 
Offline
Moderator
User avatar

Joined: April 4th, 2008, 10:12 pm
Posts: 1021
Location: Aloq Setaq
dah lame aku tunggu tips dari seorg cempiang terbilang seantero malaya nie....mane nie...xder pun... :?

_________________
....pemancing kecil-kecilan.... Image ....spesis kampong jadi buruan....


Top
 Profile  
 
 Post subject: Re: Tips Mancing dari sorang Cempiang
PostPosted: January 18th, 2010, 2:34 pm 
Offline

Joined: December 28th, 2009, 9:59 am
Posts: 3
Location: PD-N9
[size=85]Salam sahabat, den ado sedikit petikan info berguna memancing secaro teknik 'jigging'. Harap info ini dapek membantu dan berguno. Jiko tersalah harap diperbetolkan, jiko terkurang dapek ditambah-tambahkan...

JIGGING
Vertical jigging, deep jigging, Japanese jigging, extreme Jigging…Pelbagai nama digunakan untuk menggambarkan kaedah pancingan yang semakin popular pada hari ini yang bermula di Jepun dan semakin berkembang ke seluruh Asia, Oceania dan Eropah. Tidak menghairankan pada hari ini orang-orang Amerika pun mula berjinak-jinak dengan aktiviti jigging ekstrim ini.

Jigging merupakan antara kaedah memancing yang tertua yang telah diamalkan di Barat. Orang-orang Jepun yang terkenal dengan budaya rekacipta mereka telah membuat innovasi terhadap teknik ini. Mereka telah menghasilkan pelbagai produk baru yang asasnya adalah penggunaan set pancing yang ringan tetapi boleh menewaskan gergasi-gergasi bagak. Dahulu, gergasi samudera seperti tuna sirip kuning (YFT), tuna gigi anjing (Dogtooth Tuna), gerepoh gergasi (GT), aji-aji dan sebagainya hanya berjaya ditewaskan dengan menggunakan set pancing yang kasar. Penggunaan set yang kasar ini tidak memberi peluang kepada mereka yang berbadan kecil terutamanya orang-orang Asia kerana kita terpaksa berhempas pulas untuk mengendalikan perlatan tersebut. Ini membunuh keseronokan memancing. Sebaliknya penciptaan baru peralatan ringan tetapi berkuasa tinggi oleh orang-orang Jepun telah membuka peluang seluas-luasnya kepada sesiapa saja terutamanya masayarakat Asia yang berbadan kecil untuk menikmati keseronokan sukan memancing ekstrim atau big game. Saya yakin sekiranya kepingan besi yang dikarau laju oleh anda disergah mangsa, anda pasti akan jatu cinta dengan teknik berjigging.

Kedah Berkesan Untuk Jigging
Penggunaan eco sounder atau fish finder adalah dimestikan untuk memastikan kejayaan teknik jigging. Dengan adanya kecanggihan teknologi dalam mengenal pasti lubuk-lubuk ikan tertentu, jig akan dilepaskan di tempat-tempat yang didiami oleh ikan. Dalam konteks tempatan, tidak semua ikan berjaya diperdayakan dengan kepingan besi walaupun sekali-sekala ada juga spesis-spesis tertentu yang jarang meratah jig seperti ikan merah, kerapu dan ikan-ikan dasar yang lain turut terpedaya. Antara spesis tempatan yang dikenal pasti menjadikan kepingan besi sebagai menu tetap mereka adalah seperti cupak, gerepoh, tenggiri, jenahak, senangin dan alu-alu. Dengan adanya teknologi GPS, sekiranya spesis tertentu berjaya dikenal pasti kedudukannya, mudahlah bagi kita untuk mengulangi spot yang sama. Jig akan dibuang 10 hingga 20 kaki ke bawah dari kumpulan ikan yang dikenalpasti melalui sounder. Jigging melalui cara ini tentunya lebih berkesan daripada jigging secara membabi-buta. Janganlah, asal nampak air je nak turunkan jig.

Keberkesanan jigging selalu dikaitkan dengan gaya larian jig yang kelihatan seperti anak-anak ikan yang cedera. Selain itu, ikan juga menyambar jig kerana geram dan terganggu dengan pergerakan jig. Oleh itu, kemahiran berjigging atau mengunjun adalah mustahak untuk memperdayakan mangsa.

Kekili Jigging
Kedua-dua jenis kekili sama ada kekili menegak (multiplier) atau kekili mendatar (spinning) sesuai digunakan untuk jigging. Terpulanglah kepada kesesuaian dan kegemaran masing-masing.

Antara kekili menegak (multiplier) yang sinonim dengan aktiviti jigging ialah seperti Shimano Ocea Jigger, Shimano Kaikon, Daiwa Saltiga Z, Accurate Boss Magnum, Avet JX. Pemilihan kekili menegak yang sesuai adalah penting kerana kekili yang tirus (narrow) adalah lebih sesuai berbanding dengan yang lebar kerana ini akan memudahkan tali dikarau tanpa perlu disusun. Hampir semua kekili mendatar untuk jigging tidak mempunya level wind. Kekili yang tirus juga lebih ringan dan lebih mudah dikawal ketika berentap dengan mangsa.

Sementara kekili mendatar (spinning) yang popular pula ialah seperti Shimano Stella, Twinpower, Biomaster, Ultegra dan Navi. Daiwa mengeluarkan kekili seperti Saltiga Series. Ada juga yang menggunakan Penn Spinfisher. Yang penting, ratio kelajuan mestilah tinggi dan mempunyai sistem tegangan (drag) yang berkualiti. Drag yang berkualiti amatlah diperlukan untuk menghentikan larian mangsa ke struktur tajam dan bergerigi seperti batu karam atau kapal karam yang akan memutuskan tali.

Joran Jigging
Joran jigging mestilah halus, ringan tetapi lasak. Panjangnya antara 4.5 kaki hingga 6 kaki. Agak sukar untuk mendapatkan joran yang berkualiti tetapi murah harganya. Antara joran yang terkenal ialah Zenaq, Tenryu, Carpenter, Fisherman, Smith, Zenith. You get what you paid kata orang putih. Kebanyakan joran jigging yang berkualiti agak mahal harganya sehingga mencecah RM dua ribu. Tetapi usah gusar kerana terdapat juga rod-rod yang berkualiti yang dikeluarkan oleh jenama tertentu yang sesuai untuk light dan medium jigging seperti Genesis Jigshaft, Shino, Shimano, Lemax dan beberapa jenama keluaran tempatan.


Jenis-jenis Jig
Terdapat pelbagai jenis jig di pasaran daripada pelbagai jenama berdasarkan saiz, warna dan bentuk. Adalah sukar untuk mengatakan jig yang manakah yang lebih berkesan daripada jig yang lain. Perkara yang paling penting ialah menyesuaikan saiz jig berdasarkan kedalaman air dan perlatan yang digunakan. Secara umummnya, saiz jig berubah bagi setiap 100 kaki. Misalnya, kedalaman 100 kaki amat sesuai menggunakan jig bersaiz 100g dan begitulah seterusnya jig yang semakin besar digunakan apabila air semakin dalam. Pemilihan saiz yang besar ini akan mempercepatkan jig jatuh ke dasar. Begitu juga saiz jig mestilah disesuaikan dengan arus pada masa itu. Sekiranya arus agak laju, saiz jig yang sesuai perlu digunakan untuk memastikan jig jatuh betul-betul di kawasan yang sudah dikenalpasti kawasan ikan bermain dan tidak tersasar akibat dibawa arus. Sebagai panduan, jig yang dipilih juga boleh disesuaikan dengan ikan-ikan umpan (bait fish) yang bermain-main di kawasan itu.

Warna jig juga memainkan peranan. Apabila jigging pada waktu malam, jig jenis night glow atau pun luminous adalah pilihan yang utama. Spesis seperti cupak dan tenggiri amat mudah diperdayakan dengan jig malahan dalam banyak keadaan lebih tertarik untuk meratah kepingan besi daripada mencium umpan hidup. Untuk memudahkan dan membuat eksperimen, pastikan kotak jig anda mengandungi pilihan pelbagai jenis warna untuk disesuaikan dengan spesis-spesis yang berlainan dan tempat yang berlainan.

Jig-jig yang lebih ringan biasanya digunakan untuk memperdayakan spesis-spesis pelagik seperti tongkol, cupak dan tenggiri. Jig biasanya dilontar agak jauh dari bot dan dikarau dengan cara mengangkat tinggi hujung joran dan mengarau dengan laju apabila menjatuhkan joran seperti anda sedang mengepam joran. Manakala jig yang berat pula digunakan untuk memperdayakan spesis dasar seperti aji-aji dan kerapu. Jig dikarau laju sambil mengangkat sedikit sahaja joran atau dikenali sebagai fast short stroke. Kekili dipusing laju sekali sambil menghenjut joran dengan pantas.

Mata Pancing (Hooks)
Sebarang mata pancing boleh digunakan tetapi sememangnya ada mata pancing yang dijual untuk dipadankan dengan jig anda. Yang penting anda perlulah mengikat mata pancing tersebut menggunakan sejenis tali yang dipanggil kevlar (selalunya berwarna merah) . Ada yang mengatakan bahawa penggunaan tali kevlar itu sendiri akan menarik minat ikan. Namun yang lebih penting penggunaan tali itu adalah untuk mengelakkan daripada jig anda tersangkut di dasar. Mata pancing yang dipadankan dengan jig seharusnya lebih lebar daripada kelebaran jig anda.

Tali
Penggunaan tali sulam adalah satu kemestian dalam berjigging. Tali sulam bukan sahaja dapat memotong air dengan lebih cepat, kurang daya regang, sensitif tetapi yang paling penting diameternya yang kecil akan membolehkan lebih banyak tali disisi dalam gelendung kekili anda. Jangan kita lupa bahawa keseronokan berjigging adalah menggunakan peralatan pancing yang kecil dan ringan untuk menawan mangsa bagak.

Orang-orang Barat menggelarkan tali sulam sebagai dyneema atau spectra tetapi orang Jepun memanggilnya sebagai tali PE. Tali PE Jepun yang popular selalunya mempunyai warna yang berlainan untuk setiap 10 meter. Ini untuk membolehkan pemancing mengenalpasti tahap kedalaman tertentu ikan mengasak jig. Namun, penggunaan tali berwarna ini juga kadang-kala menimbulkan masalah tertutamanya apabila banyak “tukang gunting” berkeliaran di kawasan tersebut dan amat tertarik dengan warna-warni tali tersebut.

Terdapat pelbagai tali sulam di pasaran dan yang paling popular di kalangan kaki jigging ialah seperti Power Pro, Berkley Whiplash, YGK, Varivas, Gosen, Zenaq Jigger Thrust dan sebagainya. Janganlah terlalu berkira untuk membeli tali sulam yang berkualiti jika anda mahu menjadi mat jigging kerana kejayaan menewaskan spesis-spesis bagak banyak juga dipengaruhi oleh tali sulam yang berkualiti. Lagipun, tali sulam tidak mempunyai memori yang kalau dijaga dengan baik akan bertahan dalam tempoh yang lama walaupun warnanya luntur sekali pun. Tali sulam juga tidak akan rosak kalau berlilit dan diuraikan semula tidak seperti tangsi yang tentunya akan menjadi kerinting selepas sesi mesyuarat yang panjang.

Perambut (Leaders) & Perambut Mono Tahan Kejutan (mono Shock Leader)
Penggunaan perambut adalah mustahak terutama untuk medium dan heavy jigging. Memandangkan tali sulam tidak mempunyai regangan, tali ini akan mudah putus apabila direntap secara tiba-tiba. Oleh sebab itulah perambut tangsi amat diperlukan. Perambut tangsi atau perambut kejutan mono (mono shock leader) ini diperbuat khas untuk tujuan jigging dan berlainan dengan perambut biasa. Kaki-kaki jigging pro selalunya menggunakan perambut jenis Fluorocarbon yang lebih lasak menahan geseran dan kurang kelihatan di dalam air yang dikenali juga sebagai perambut hantu. Tetapi perambut ini seperti Seaguar, Suffix Invisiline, Berkley Vanish agak mahal harganya.

Berapa panjangkah perambut ini? Tidak ada formula yang khusus sebenarnya. Yang penting, apabila ikan sudah berada di birai bot, anda tidak mahu memegang tali sulam yang tajam itu atau pun tali sulam anda bergesel pada birai bot yang akan memutuskannya tanpa anda sedari. Saya selalu menggunakan kaedah lima kali panjang joran untuk menyukat panjang perambut.

Satu masalah lagi. Bagaimana mahu menyambung tali sulam dengan perambut mono? Agak susah juga untuk dilakukan tetapi alah bisa tegal biasa. Banyak jenis ikatan yang diperkenalkan seperti double bimini twist atau uni to uni knot dan sebagainya. Tetapi ikatan yang paling digemari oleh kaki jigging ialah ikatan FG atau Mid knot.


LIGHT JIGGING

1) Kekili
Bagi 'Light Jigging' ni tak perlu besar memadai dengan sebarang kekili size 3500 - 4500 (ikut size daiwa dan shimano), kalau shimano tu apa model pun boleh Alivio, ArenosXT, Navi, Seinna dan Slade merupakan antara siri kekili shimano yang murah iaitu dalam RM200...Oleh itu ikut kemampuan dan kuasa beli seseorang. Selain Shimano, kekili-kekili lain seperti Ryobi Applause, Zauber Daiwa Certate dan Caldia Kix juga amat kuat untuk melawan ikan-ikan sekitar kedalaman 10-20meter

2) Nisbah Karauan (Ratio)
Untuk kaedah jigging sama ada light mahupun medium, ratio sesuatu kekili amatlah dititikberatkan. Umumnya jigging memerlukan kelajuan yang tinggi justeru itu adalah penting bagi seorang jigger untuk mengayakan jignya dengan cara yang paling berkesan untuk menarik perhatian mangsa. Oleh yang demikian, adalah lebih baik jika sesuatu kekili itu mempunyai nisbah karauan (ratio) yang tinggi seperti 1:5, 1:6.2 atau 1:8. Nisbah karauan amat penting kerana ia mampu mempengaruhi 'keberkesanan dan kejayaan' seorang jigger dalam menipu si mangsa. Walaubagaimana pun ada ketikanya kita perlu memperlahankan jig dan mengayakan jig dalam keadaan pegun mahupun membiarkan jig jatuh semula ke dasar. Ini bergantung kepada keadaan air atau arus, tempat memancing, kaedah jigging dan ikan sasaran

3) Kekuatan Tali Utama
Dalam jigging pemilihan tali juga amat penting kerana talilah yang banyak membantu mengayakan pergerakan jig. Pemilihan tali yang halus, kuat dan berdiameter kecil amatlah dititikberatkan, justeru itu tali braided adalah pilihan yang tepat dan betul berbanding tali mono. Ini kerana tali braided mempunyai semua sifat yang diperlukan untuk seorang jigger mengayakan jig dengan cara yang paling berkesan atau 'menghidupkan' jig seserupa yang boleh seperti ikan-ikan mangsa

Untuk 'Light Jigging' memadailah dengan tali yang berkekuatan 30lb (PE3) ke bawah sahaja. Terdapat pelbagai jenama tali braided di pasaran sama ada yang khas dibuat untuk jigging atau pun sebaliknya. belilah mengikut baget masing-masing. Kalau beli tali khas untuk jigging, ia mempunyai warna yang berbeze-beza setiap 10m sebagai penanda untuk jigger mengetahui panjang tali yang keluar dari spool

4)Kekuatan Tali Perambut
Penggunaan tali perambut dalam jigging amat penting, ini kerana tali perambut bertindak sebagai 'shock absorber' apabila jig direntap rakus oleh mangsa terutama sekali jika kita sedang dalam kategori 'heavy jigging'. Semestinya tali perambut adalah dari tali mono kerana tali mono mempunyai keanjalan yang bersifat seperti getah untuk menyerap hentakan dari mangsa yang menyambar jig dengan rakus. Ini adalah penting untuk mengelakkan tali utama dari putus kerana tali utama tidak langsung mempunyai keanjalan seperti tali mono. Selain itu juga, tali perambut ini dikatakan bertindak sebagai penanda bagi jigger untuk jigger mengetahui jig yang di unjun semakin hampir ke permukaan air. Oleh kerana 'light jigging' dipraktikkan di perairan yang mempunyai kedalaman sekitar15-30meter sahaja, oleh itu ikan sasarannya hanyalah sekitar 5-10kg ke bawah...Ini membuatkan ada diantara jigger tidak menggunakan tali perambut, jig terus diikat pada tali utama kerana ikan sasaran tidak lah serakus ikan-ikan 'heavy jigging' seperti aji-aji, gt mahupun tuna. Tetapi daripada pembacaan adalah lebih baik jika jigger meletakkan tali perambut sebagai 'insuran' bagi mengelakkan tali utama putus direntap ikan-ikan besar. Ini adalah kerana dalam kita mempraktikkan 'light jigging' tidak dinafikan kadang kala di tempat seperti di karang-karang cetek terdapat juga 'mangsa-mangsa' yang besar, rakus dan ganas. Kekuatan tali perambut bergantung kepada kekuatan tali utama dan ikan sasaran. Kebiasaannya tali perambut tidak melebihi 40lb.

Kalau vertical jigging sepatutnya leader lebih kasar daripada mainline. 80-130lb boleh digunakan bergantung kepada ikan sasaran. Tapi, kalau nak jigging ikan-ikan dasar atau takut sangkut di karang, jangan pakai leader lebih kasar daripada mainline. Nanti sangkut, leader tak boleh putus, mainline yang akan putus. Sayang kalau mainline braided yang mahal tu putus tengah-tengah.

Mungkin orang akan tertanya-tanya kenapa pakai leader (mono shock leader) atau perambut kejutan begitu kasar? Sewaktu jigging, sama juga seperti trolling, akan berlaku kejutan secara tiba-tiba dengan kuat. Tali sulam tidak mempunyai regangan. Kalau kita sentap tali sulam dengan tangan dari hujung ke hujung, dengan mudah tali itu akan putus. Ketika jigging, ikan yang menerkam dan melarikan jig secara tiba-tiba ketika dihenjut, akan memberikan satu tindak balas yang tidak mungkin sempat diserap oleh rod atau drag. Tali utama akan menjadi mangsa kalau tiada mono shock leader. Atau kalau ada mono shock leader tetapi kekuatannya tak seberapa, dengan mudah leader itu juga akan putus.

Sebab yang kedua, sesetengah spesies terutama yang gemar meligan jig selalunya mempunyai gigi yang tajam seperti tenggiri, dogtooth, barracuda dsb. Selain gigi yang tajam, bahagian tertentu ikan seperti ekor gerepoh (GT) atau cupak juga boleh memtuskan tali terutama yang berdekatan dengan jig kerana ketajaman ekornya. Jadi, leader diperlukan bukan sahaja untuk melawan kekutan ikan tapi menghalangkan gigi, ekor atau bahagian-bahagian lain yang tajam memutuskan leader.

Ketiga, antara spot-spot yang popular untuk jigging adalah di kawasan kapal karam atau tebing laut (drop off) yang curam. Di kawasan ini mempunyai struktur-struktur tajam yang boleh memutuskan leader kita. Ini kerana mangsa selalunya akan melarikan jig kita ke kawasan persembunyian atau ke arah struktur tajam tersebut. Leader yang kasar akan banyak membantu dalam kes ini.

Info: sumber MFN & KPN.


Top
 Profile  
 
Display posts from previous:  Sort by  
Post new topic Reply to topic  [ 14 posts ]  Go to page Previous  1, 2

All times are UTC + 8 hours


Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest


You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot post attachments in this forum

Search for:
Jump to:  
Powered by phpBB © 2000, 2002, 2005, 2007 phpBB Group